Sunday, November 6, 2011

Kau pergi.. Al- Fatihah




ya Allah kenapa cepat sangat kau ambil dia…

Pagi 5.11.2011 (sabtu), 6.42am aku dapat sms dari kakak aku yang Jek dah meninggal dunia accident pukul 3am kelmarin. ya Allah macam tak percaya, macam nak luruh jantung aku bila baca sms tu sebab baru khamis malam tu ja aku ada balas2 comment dengan dia dekat facebook. Tak sangka haritu hari last aku dengan dia, kalau aku tau benda macam ni nak jadi, aku sumpah. aku akan layan dia baik2 :’( selama ni aku selalu sangka benda buruk2 pasai dia, tak pernah nak hargai dia padahal apa2 benda yang aku buat dekat dia, dia tak pernah nak marah aku, ambik hati ka apa, dia sabaq ja layan aku.. ya Allah apa yang aku dah buat. Aku jahat sangat dekat dia, aku selalu sakitkan hati dia. Rasa menyesal aku sekarang memang dah tak berguna, padan muka aku sebab tak nampak selama ni dialah yang selalu baik dengan aku, ada untuk aku bila aku tengah susah. Tapi aku tak pernah nak nampak semua tu. Aku tak hargai dia langsung, butanya aku! ya Allah sekarang baru aku nampak betapa pentingnya dia bagi aku dekat dunia ni. Jek maafkan wani, wani banyak buat salah dekat Jek. Sedih bila dapat tau Jek dah takda. Baru sekarang wani rasa wani sayang Jek. Tapi kenapa baru sekarang wani nak tunjuk semua tu, dah terlambat kan ? dah tak berguna semua tu, Jek pun dah takda, berguna lagi ka rasa sayang wani ni sekarang..  dulu lama kita lost contact, tapi lepas tu Jek contact wani balik. Wani happy sangat, tapi tak lama, wani buat taktau ja dekat Jek lepas tu sebab wani rasa Jek takda apa. Sedihnnyaaa bila teringat bendaa tu semua :(


Jek selalu panggei wani budak gemok, wani marah kalau Jek panggei macam tuu. Tapi lepas ni sapa nak panggei wani lagi macam tu.. Petang2 Jek selalu mai dekat wani sembang2, apa2 pun Jek senyum ja.. Malam tu jek dah serius bagitau semua apa yang jek rasa dekat wani. Tapi wani buat endah tak endah ja, ya Allah kalau lah boleh putar balik masa, memang wani tak fikir banyak2 dah, wani akan terima ja Jek.. Tapi nasi dah jadi bubur, Jek memang dah takda, Jek dah tinggalkan kami semua buat selama-lamanya. Lepas ni kalau wani keluar petang2 takda lagi dah orang nak mai menyakat wani, buat lawak, tak dapat nak tengok Jek senyum lagi.. ya Allah cepatnya kau ambil dia.. tak sempat wani nak mintak maaf dekat Jek… Yang paling wani terkilan, hari Jek meninggal wani tak dapat nak ziarah jenazah Jek, iring Jek sampai ke kubur sebab wani dekat kampung. Truth to be told, memang wani nak sangat tengok Jek tapi wani tak mampu nak jumpa Jek buat kali yang terakhir dalam hidup wani sebab wani takda dekat sana. Jek jiran wani, Jek baik sangat dengan wani. Lepas ni sapa lagi nak teman wani kalau wani ada masalah. Orang lain takda yang macam Jek, wani rindu Jek :'( sampai bila2 wani akan ingat Jek….



Mungkin Allah lebih sayangkan Jek. Wani hambaNya tak boleh nak lari dari suratan takdir. Memang ni yang terbaik daripadaNya. Buat sahabatku Jek, aman lah kau disana, di kalangan roh-roh orang yang beriman.  Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin


Terakhir dari dia, rindu semua ni balik...Muhammad Nazir B. Rosli


5 comments:

  1. wei syez ka kwn hg jek ni meninggal . aku cam tak caya ja . aaa sabaq nah wei . Allah lg syg dia

    #al-fatihah

    ReplyDelete
  2. betoi weh. aku pun tak caya semua ni.. cepat sangat weii dia p. aku syg dia :'(

    ReplyDelete
  3. sabaq2 . aku taw hang sedih . aku igtkan hang tipu ja post benda ni . tgok2 wall jek . rupa2nya betoi

    ReplyDelete
  4. dugaan besaq wei kali ni. ya allah aku tak sanggup :/

    ReplyDelete