Sunday, February 6, 2011

Awak Tahu Tak Awak ?



Assalamualaikum, 
err awak, saya tahu awak sering sering baca blog saya. tapi bila saya tanya awak, awak taknak mengaku. 
kenapa.., awak ?


hari nie saya rasa saya teringin sangat nak luah semua apa yang saya rasa, awak. *cerita saya yang pada Mulanya,and I want you to know that you are a special person in my life.

semua ni saya rasa sebelum semuanya berlaku ;

pertama kali saya kenal awak, saya sudah mulai sukakan perwatakan awak. awak tahu tak awak ?
sedari itu awak, awak selalu buat saya Gembira. awak tahu tak awak ?
awak selalu buat saya Ketawa bila awak ada disamping saya. awak tahu tak awak ?
awak, awak tahu tak betapa Gelisahnya saya kalau awak tidak menghubungi saya ? awak tahu tak awak ?
saya tahu awak suka bila saya nyanyikan lagu 'go to sleep' dekat awak sebelum awak tidur, betulkan awak ?
bila kita keluar hangout awak selalu belikan ice cream Cornetto untuk saya kan awak ?sweetnya awak kan..
tiap tiap malam saya tunggu awak di bawah pokok rendang di taman, tak sabar rasanya menunggu awak datang. awak tahu tak awak ?

awak, saya suka awak. tapi awak cakap awak hanya ingin berkawan dengan saya sebab awak cakap awak tak suka saya dan awak hanya anggap saya sebagai teman tapi mesra. tapi takpe awak, saya faham. :)
hari tue, saya try call awak tapi awak tak juga juga answer. awak, saya risau sangat dekat awak. awak hilang ke mana ? saya tunggu awak. 

keesokkan harinya, black berry saya berdering. saya tengok satu text dari awak then di dalam text itu awak berkata awak harus pergi, dan mungkin tidak akan kembali lagi kerana awak akan pergi jauh meninggalkan saya. awak, awak tahu apa yang saya rasa ? saya rasa pilu sangat awak, rasa macam nak menjerit dan nangis ): awak pergi macam tue je, awak tak pula datang mahu berjumpa saya. sanggupnya awak, kan ?

bertahun tahun saya cuba lupakan awak. tapi saya harus mengaku, agak sukar untuk saya lupakan awak.
kerana saya di lahirkan bukan untuk membenci awak.. tiap tiap hari saya menulis di dalam diary bergerak saya, menghitung hari hari saya tanpa awak di sisi saya. saya menghitung dan terus menghitung awak, menunggu awak kembali pulang ke pangkuan saya... lama benar untuk saya kembali ceria tanpa kehadiran awak dalam hidup saya. awak tahu tak awak ?

kemudian harinya, saat saat saya leka belajar untuk melupakan awak, tiba tiba Awak kembali muncul dalam kehidupan saya. di ketika itu, awak kelihatan sungguh gembira bila berjumpa dengan saya tapi awak.. Maaf,, saya bukan lagi "saya" yang dulu, yang selalu Gembira saat ingin bersama awak. saya kini sudah bisa melupakan awak. namun, awak masih tidak boleh terima itu dan masih berharap bahawa saya akan kembali menerima awak kembali di sisi saya.  saya Keliru awak, tak tahu apa yang saya harus lakukan. sehinggalah suatu hari saya membuat kata putus dan ingin memberitahu awak segalanya. pada malam itu saya keluar berjumpa awak di taman, di mana tempat yang saya selalu berjumpa dengan awak pada suatu ketika dahulu.

sepanjang perjalanan saya awak, saya lalai saya banyak berfikir awak. saya berjalan melintasi jalan tanpa menoleh ke kanak,ke kiri dan Akhirnya...takdir itu berlaku.
saya tidak tahu apa yang saya fikirkan pada ketika itu awak, sehinggakan saya tertimpa bencana yang kian2 tiada kesudahannya. saya lewat di masukkan ke hospital. awak di sana tetap menunggu dan sabar menanti kedatangan saya di taman, Malangnya saya tidak juga muncul2 sehingga suatu masa telefon awak berdering.......

saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi, awak.
saya lambat di hantarkan ke hospital dan kehilangan banyak darah akibat kemalangan itu.

awak menangis. awak seperti tidak percaya pada semua itu dan berharap semua itu hanya lah mimpi semata mata.sehingga awak datang bertemu saya ketika saya lengkap berpakaian serba putih dan ketika saya di sedekahkan bacaan al-Fatihah. saat itu, suara hati awak kini kian percaya saya sudah pergi menghadap ilahi dan turut pergi meninggalkan awak di muka bumi ini buat selama-lamanya. awak menangis teresak2 kerana tidak dapat menerima hakikat di atas pemergian saya. 


awak menyesali atas  perbuatan awak selama ini, lalu keluarlah satu demi satu sebab dan alasan yang awak berikan mengapa awak meninggalkan saya setelah sekian lama....rupanya ya Allah, awak pergi bukan kerana awak ingin meninggalkan saya, awak pergi kerana disebabkan ibu awak sedang sakit tenat di luar negara dan ibu awak sangat memerlukan awak di sampingnya. maka di sebabkan itulah awak harus pergi menjaga ibumu dan meninggalkan saya di sini tanpa khabar berita. kemudiannya, mengenai suara hati saya yang di tolak awak memberitahu sedikit demi sedikit bahawa awak tidak mahu melukakan hati saya kerana suatu saat awak sudah tahu awak pasti akan pergi meninggalkan saya sendirian di sini, alasan yang telah awak ungkapkan sungguh jelas membuatkan jenazahku ingin menangis terkedu sedu pilu.

Semuanya telah terlambat awak, saya lebih terdahulu pergi... pergi menghadapNya di sana. Maaf jika saya pergi tanpa tiada sebarang kata mahupun harapan untuk kenang kenangan kepada awak, dan saya berharap awak lebih memahami bagaimana rasanya hidup tanpa saya di sini. salah saya awak, Salah saya kerana terlampau melulu untuk cuba menjauhkan diri saya dari awak..

Awak tahu tak awak, andainya awak tahu hanya satu yang perlu awak ketahui, saya gembira sudah bisa mengenalimu... walaupun masih belum sepatah ungkapan yang belum bisa dilunasi di antara Kita, saya akur dan berjanji awak, sehidupnya saya di muka bumi yang satu ini hanyalah tercipta untuk awak..

sekian, waSsalam.






hampa hampa dapat halusi dak cerita neh ? ahaha sedih ? grr..

watak : SAYA(girlfriend), AWAK(boyfriend)
 
P/S: tolong lah jangan percaya bulat2 apa yang aku dok mengarut nie HAHA, kena balun terok kot kalau Cikgu bm aku yang baca dah la ayat semua power2. dalam exam aku buat tulis macam neh tobatt cikgu geram sampai merah muka :p saja suka suka, taktau pulak dok taip2 sampai jadik banyak macam neh..hee



No comments:

Post a Comment